SELAMAT DATANG

Kandungan Blog Ini Mungkin Melukakan Hati Anda Tapi Apa Boleh Buat Ini Blog Saya

Sunday, January 10, 2010

HENTIKAN LAH PERBUATAN PROVOKASI

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dicintai tanpa mengira bangsa, agamau atau etnik, hentikan perbuatan provokasi seperti melontar molotav cocktail, merosakkan masjid.. Bukan begini cara kita, tiada masalah yang kita tidak dapat selesaikan secara bersama. Jangan biarkan bangsat yang suka negara ini jadi huru-hara jadi pemenang.
Selama ini kita hidup bersama aman damai, kenapa perlu bergaduh. Ingat tiada pihak yang pernah menang mutlak dalam peperangan. Kesengsaraan mesti ada. ITUKAH YANG KITA MAHU?
Kepada pemimpin politik, jangan menuding jari antara sama lain. Selesaikan masalah. Andalah punca masalah.

Saturday, January 2, 2010

BANTAHAN PENGGUNAAN ALLAH OLEH GEREJA KATOLIK

KEPADA PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM NYATAKAN PENDIRIAN ANDA SEKARANG. JANGAN JADI PEMIMPIN PLAY SAFE
DS Najib, DS Hadi, dan lain-lain pemimpin beragama Islam BN & PR, biar kami rakyat tahu, setakat mana jihad anda..

hari Jumaat hadapan, 8 Januari 2009, satu lagi perhimpunan aman akan diadakan di Masjid Kg Baru.

Friday, January 1, 2010

AL-FATIHAH UNTUK TOK MAT

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat bekas Menteri Penerangan Malaysia yang telah kembali ke Rahmahtullah pada pagi ni. Semoga Allah swt merahmatinya.

PEMUDA HARAPAN NEGARA

Kes 2 orang pimpinan pemuda PR Kelantan menimbul kekalutan diakhir tahun 2009. Kes pertama melibatkan mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, DR Rosli Allani Abdul Kadir dan pasangannya Ilyani Mohd Noor yang mana perkahwinannya diragui. Ini adalah perkahwinan kedua DR Rosli dan telah dilaporkan berkahwin pada 26 Disember 2008 semasa masih menjadi ketua Penerangan Pemuda PAS. DR Rosli telah meletakkan semua jawatan dalam PAS kerana tidak mahu kesnya terpalit kepada parti didokongnya. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November 2009 telah mengeluarkan perintah "mufarakah" kepada DR. Rosli dan pasangannya. Menurut DR Rosli seperti yang dilaporkan pada 22 Disember 2009 oleh Harakah telah mengakui perkahwinannya itu tidak direstui oleh bapa mentuanya dan telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan haram.
Hairan bin Ajaib seorang berpendidikan sehingga PHD dapat tertipu dalam kes sebegini. Kenyataan DR Rosli ini merendahkan taraf pemegang PHD dan tahap pemikiran mereka. Kalau begitu apatah lagi pemuda PAS yang lain. Sebenarnya dalam kes ni lebih mudah lagi kahwin lari yang tidak direstui bapa mentua. Dan berkemudian berwali hakim orang tidak iktiraf raja. Jadi pada 22 Disember sekali lagi DR Rosli berkahwin lari di narathiwat berwalikan hakim RaJa Siam. Dalam kes sebigini pun PAS masih mempertahankan tindakan ahlinya dan jelas dalam Harakahdaily bertarikh 22 Disember 2009. Kalau sesuatu perkara terjadi pada PAS atau ahli Pas, parti lawan akan disalahkan termasuk tindakan mentuanya membuat laporan polis. Yang dipersoalkan siapa yang dibelakangnya bukan kenapa DR Rosli yang berpelajaran tinggi melakukan kelakuan seperti itu.
Kes kedua melibatkan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail yang kini ditahan kerana dipervcayai terlibat dengan pengedaran dadah. Azmi juga Ketua Keadilan Bahagian Pengkalan Chepa ditahan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa 23 Disember 2009. Seperti biasa jika pemimpin PR ditangkap polis akan cuba dikaitkan perbuatan sobataj atau penangkapan politik walaupun nyata tangkapan dibuat atas dasar kelakuan jenayah sama seperti pengedar lain. Azmi telah di tahan Akta Dadah Berbahaya (langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkannnya ditahan maksimum 60 hari. Walaupun Azmi hanya ditahan dan belum dikenakan tuduhan tetapi penglibatan dalam perkara sebegini menimbulkan persoalan.
Hebat sungguh pemuda Kelantan. Gedebenya belum hilang.
Pemuda Harapan Negara, buat malu sahaja.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Tuesday, December 22, 2009

Kahwin Pun Kecoh... Larikan anak orang

baca dan fahamkan lah sendiri... ni lah

Perkahwinan Pemuda Pas, isteri diragui
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan. Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.
artikel penuh klik sini

Hebat lagi Dato Bung..