SELAMAT DATANG

Kandungan Blog Ini Mungkin Melukakan Hati Anda Tapi Apa Boleh Buat Ini Blog Saya

Tuesday, December 22, 2009

Kahwin Pun Kecoh... Larikan anak orang

baca dan fahamkan lah sendiri... ni lah

Perkahwinan Pemuda Pas, isteri diragui
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan. Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.
artikel penuh klik sini

Hebat lagi Dato Bung..

Thursday, December 17, 2009

Khalifah LGE pembela Islam




tengoklah sendiri melayu islam.. apa agenda mereka.. pujalah mereka..
tengoklah kenapa benci benar pada BTN.. salahkah BTN menaikkan semangat bangsa yang ketinggalan supaya berusaha.. bukan nya untuk mengangkat senjata perang dengan mereka..
supaya melayu islam itu sedar bahawa mereka juga boleh berjaya.. itu lah yang mereka tidak suka.. mereka berusaha supaya minda kita tidak disedarkan supaya senang kita ditindas..
jawaplah melayu PKR.. DSAI kamu diperkecilkan.. Jawablah Islam PAS, agama sedang dipersendakan.. DOAKAN MEREKA JAHANAM SEMUA..
nampaknya doa mereka lebih makbul kerana kita lebih suka medoakan celaka sesama kita...
laporan lain.. (klik sini)

Thursday, December 3, 2009

NIK AZIZ TIDAK AKAN LETAK JAWATAN

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak.

"Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim"

Disini bukan nak bercerita pasal Datuk Nik Aziz tidak akan meletak jawatan sebagai MB kerana itu hak dia selagi parti yang didokongnya masih majoriti di DUN Kelantan dan partinya masih ingin dia menerajuinya dan dia tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah yang boleh melucutkan haknya.

yang dipersoalkan bila CEO PMBK sekarang boleh digelar mantan CEO, dia tak perlukan mandat rakyat untuk turun.. setelah dipuji melambung sebagai berintegriti kerana kesudian meletak jawatan termasuk kata-kata skema ahli politik seperti ini :

Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga-Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa - harakah 24 nov 2009

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat - Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau. -Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub

sampai sekarang difahamkan Encik Ariffahmi masih belum meletak jawatan (barangkali nak tunggu gaji bulan 12 kot), di manaka integriti yang diwarwarkan tu.. jangan cakap tak serupa bikin.. semua kata-kata di atas dipetik dari Harakah kerana orang PAS tak baca media lain(ada yang curi-curi baca).

jangan nanti dikatakan orang Islam tu penipu apatah lagi yang terlibat memakai Jubah ulama.. Ingatlah janji mesti dikota, jangan keluarkan dalih lain lagi nanti kata tak jadi pula letak jawatan dan samakan dengan mana-mana perbuatan nabi.. gelegak hati dengar dalih songsang..




Wednesday, December 2, 2009

Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama

M Faqih & Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan."Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain."Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain."Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan."Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.
www.harakahdaily.net/

Tidak habis-habis menggunakan agama untuk kepentingan politik parti mereka.. setiap perbuatan dihalalkan dengan dengan memberi contoh Nabi Muhammad SAW.. melantik menantu jadi CEO, contoh nabi katanya, lantik anak contoh nabi.. perbuatan ini telah menimbulkan satu lawak jenaka bagi orang bukan Islam.. lebih senang cerita, setiap kali ada masalah, nabi dijadikan contoh tapi dengan cara yang salah, sama lah macam lelaki yang mahu berpoligami menjadikan kata-kata nabi pun berpoligami.. tidak ukur sama ada kita mampu atau ada cuba untuk menurut lain-lain lagi perbuatan nabi.. Berbalik kepada wang Ehsan, adakah semua rakyat kelantan rasa terainaya.. dengan hasil tahunan kelantan sekarang sebanyak RM400juta sudah nampak belangnya puak-puak ini.. kata orang kelate "berkekoh" kerajaan kelantan sekarang ini pun kerana kuasa & pitih.. tak bolehkah duduk berbincang.. apa yang kita mahu hasilnaya sampai kepada rakyat, bukan jadi duit parti, duit anak beranak.. Doa kan lah kafir yang lahanat hapus di muka bumi malaysia ini..

Tuesday, December 1, 2009

TIADA BEZA



kau BAKAR, aku PIJAK...
Ini kah pemimpin, memalukan, macam budak budak.. Apa nak di kata..

Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan liwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi memutuskan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Mahkamah juga menetapkan kes perbiacaraan itu disambung semula selama sebulan bermula 25 Januari depan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091201100104/Article/index_html

Apa statement keluar dari DS ni nanti.. Mahkamah tak adil.. konspirasi kerana tak menyebelahi saya.. BICARA dulu bang, baru tau konspirasi ke tak..