SELAMAT DATANG

Kandungan Blog Ini Mungkin Melukakan Hati Anda Tapi Apa Boleh Buat Ini Blog Saya

Thursday, December 3, 2009

NIK AZIZ TIDAK AKAN LETAK JAWATAN

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak.

"Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim"

Disini bukan nak bercerita pasal Datuk Nik Aziz tidak akan meletak jawatan sebagai MB kerana itu hak dia selagi parti yang didokongnya masih majoriti di DUN Kelantan dan partinya masih ingin dia menerajuinya dan dia tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah yang boleh melucutkan haknya.

yang dipersoalkan bila CEO PMBK sekarang boleh digelar mantan CEO, dia tak perlukan mandat rakyat untuk turun.. setelah dipuji melambung sebagai berintegriti kerana kesudian meletak jawatan termasuk kata-kata skema ahli politik seperti ini :

Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga-Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa - harakah 24 nov 2009

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat - Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau. -Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub

sampai sekarang difahamkan Encik Ariffahmi masih belum meletak jawatan (barangkali nak tunggu gaji bulan 12 kot), di manaka integriti yang diwarwarkan tu.. jangan cakap tak serupa bikin.. semua kata-kata di atas dipetik dari Harakah kerana orang PAS tak baca media lain(ada yang curi-curi baca).

jangan nanti dikatakan orang Islam tu penipu apatah lagi yang terlibat memakai Jubah ulama.. Ingatlah janji mesti dikota, jangan keluarkan dalih lain lagi nanti kata tak jadi pula letak jawatan dan samakan dengan mana-mana perbuatan nabi.. gelegak hati dengar dalih songsang..




No comments:

Post a Comment