SELAMAT DATANG

Kandungan Blog Ini Mungkin Melukakan Hati Anda Tapi Apa Boleh Buat Ini Blog Saya

Friday, January 1, 2010

PEMUDA HARAPAN NEGARA

Kes 2 orang pimpinan pemuda PR Kelantan menimbul kekalutan diakhir tahun 2009. Kes pertama melibatkan mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, DR Rosli Allani Abdul Kadir dan pasangannya Ilyani Mohd Noor yang mana perkahwinannya diragui. Ini adalah perkahwinan kedua DR Rosli dan telah dilaporkan berkahwin pada 26 Disember 2008 semasa masih menjadi ketua Penerangan Pemuda PAS. DR Rosli telah meletakkan semua jawatan dalam PAS kerana tidak mahu kesnya terpalit kepada parti didokongnya. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November 2009 telah mengeluarkan perintah "mufarakah" kepada DR. Rosli dan pasangannya. Menurut DR Rosli seperti yang dilaporkan pada 22 Disember 2009 oleh Harakah telah mengakui perkahwinannya itu tidak direstui oleh bapa mentuanya dan telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan haram.
Hairan bin Ajaib seorang berpendidikan sehingga PHD dapat tertipu dalam kes sebegini. Kenyataan DR Rosli ini merendahkan taraf pemegang PHD dan tahap pemikiran mereka. Kalau begitu apatah lagi pemuda PAS yang lain. Sebenarnya dalam kes ni lebih mudah lagi kahwin lari yang tidak direstui bapa mentua. Dan berkemudian berwali hakim orang tidak iktiraf raja. Jadi pada 22 Disember sekali lagi DR Rosli berkahwin lari di narathiwat berwalikan hakim RaJa Siam. Dalam kes sebigini pun PAS masih mempertahankan tindakan ahlinya dan jelas dalam Harakahdaily bertarikh 22 Disember 2009. Kalau sesuatu perkara terjadi pada PAS atau ahli Pas, parti lawan akan disalahkan termasuk tindakan mentuanya membuat laporan polis. Yang dipersoalkan siapa yang dibelakangnya bukan kenapa DR Rosli yang berpelajaran tinggi melakukan kelakuan seperti itu.
Kes kedua melibatkan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail yang kini ditahan kerana dipervcayai terlibat dengan pengedaran dadah. Azmi juga Ketua Keadilan Bahagian Pengkalan Chepa ditahan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa 23 Disember 2009. Seperti biasa jika pemimpin PR ditangkap polis akan cuba dikaitkan perbuatan sobataj atau penangkapan politik walaupun nyata tangkapan dibuat atas dasar kelakuan jenayah sama seperti pengedar lain. Azmi telah di tahan Akta Dadah Berbahaya (langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkannnya ditahan maksimum 60 hari. Walaupun Azmi hanya ditahan dan belum dikenakan tuduhan tetapi penglibatan dalam perkara sebegini menimbulkan persoalan.
Hebat sungguh pemuda Kelantan. Gedebenya belum hilang.
Pemuda Harapan Negara, buat malu sahaja.

No comments:

Post a Comment